Sunday, 17 May 2015

Oh Guruku

Ingin sekali aku
Hamparkan permaidani kasihku padamu
Sebagai tanda terima kasihku
Padamu wahai para pendidikku

Hadirnya Kalian
Ke lembah asing ini
Penuh harapan dan tekad
Mendidik kai menjadi insan berguna

Setiap harimu kau tempuh dengan tabah
Ppenat lelahmu adalah kekuatan kami
Untuk merasai manisnya Ilmu
Agar...agar suatu hari nanti
Kami menjadi insan berguna
Berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara

Oh Guruku..
Teruskanlah perjuanganmu
Hingga akhir usia tidak mungkin akan dilupa
Besar pengorbananmu melahirkan nakhhoda negara
Sesungguhnya engkaulah akar pembentuk bangsa berjaya!

SELAMAT HARI GURU 2015 - Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Wednesday, 13 May 2015

MENGENAL BARANG-BARANG YANG TERDAPAT DI RUMAH KITA^^


Holla! Hari ini kita akan berkenalan dengan barang-barang yang biasanya terdapat pada beberapa ruangan penting dalam rumah kita. Semoga gambar-gambar ini membantu anda. Menarik juga untuk dilekatkan atau digantung di dalam bilik kelas anda.





BATU CAVES

Ini adalah sebuah kisah perjalanan saya ke Batu Caves.  Saya memang gemar pada alam semula jadi dan mencintai tapak bersejarah lagi unik. Saya juga cintakan budaya dan pelbagai peradaban yang menarik. Dahulu saya teringin untuk naik tangga yang tinggi ini walaupun saya menyedari yang sayaagak sukar melakukannya kerana masalah Scoliosis yang saya hadapi. Walaubagaimana pun, saya dapat melakukannya. Seronok juga tau..hehehehe ^^

 Batu Caves, adalah bukit batu kapur, yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua, di daerah Gombak, 13 kilometer (8 batu) utara Kuala LumpurMalaysia. Ia mengambil namanya dari Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit. Batu Caves juga merupakan nama kampung berdekatan. Gua ini adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khusus kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia.


Batu kapur yang membentuk di Batu Caves dikatakan terhasil sekitar 400 juta tahun dahulu. Beberapa pintu masuk gua telah digunakan sebagai tempat perlindungan oleh orang asli Temuan yang turut mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang. Pada awal 1860, penduduk Cina mula menggali pupuk dr tahi burung di gua tersebut untuk benih sayur-sayuran patch mereka. Walau bagaimanapun, mereka menjadi terkenal hanya selepas kawasan bukit batu kapur telah direkodkan oleh pihak berkuasa penjajah termasuk Daly dan Syers serta Naturalist Amerika, William Hornaday pada tahun 1878.

Batu Caves telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India.Beliau mendapat inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk 'vel' dan dan mendapat inspirasi untuk membina sebuah kuil untukDewa Murugan dalam gua tersebut. Pada tahun 1890, Pillai, yang juga telah mengasaskan Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur, telah memasang Arca Dewa Murugan yang masih terdapat sehingga sekarang di 'Temple Cave
Di ketinggian hampir 100 Meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. Didalamnya tedapat sebuah kuil Hindu.Untuk sampai ke gua ini pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga.
Pada kaki bukit adalah dua lagi gua kuil, iaitu Gua Galeri Seni(Art Gallery Cave) dan Gua Muzium (Museum Cave), kedua-duanya penuh denga arca-arca dan lukisan Hindu.Kompleks ini telah diubahsuai dan dibuka sebagai Cave Villa pada tahun 2008. Arca-arca dan lukisan di gua ini menggambarkan kisah kemenangan kemenangan Dewa Murugan ke atas Soorapadam. Gua Ramayana terletak ke kiri kompleks kuil Batu Caves.Dalam perjalanan ke Gua Ramayana, terdapat Tugu Dewa Hanuman yang setinggi 50 kaki serta sebuah kuil yang didedikasikan untuk Dewa Hanuman. Gua Ramayana menggambarkan cerita Rama dalam cara kronik sepanjang dinding dan tidak teratur. Sebuah patung 42,7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006, setelah mengambil 3 tahun untuk membina. Ia adalah patung Tuhan Muruga yang tertinggi di dunia.


peace! besarnya patung itu kann? kan?






ngaga..bumbung gua yang terbuka luas..indahnya^^

tadaaaa!! gajah






Detik Terindah ^^

Sejarah tercipta dalam kanvas hidup saya pada tanggal 27 Mei 2013, iaitu Hari Konvokesyen saya setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( 2007-2008) Pra PISMP, ( 2009-2012) PISMP. Detik-detik manis ini saya lakarkan di PICC Putrajaya bersama ibu bapa tercinta dan para graduan yang lain. Segala penat lelah telah dibayar dan tibalah masanya untuk meraikan kemenangan.

Terima kasih tidak terhingga saya sorotkan kepada setiap yang menjadi pendorong saya dalam tempoh pengajian yang lalu. Ini adalah hadiah untuk kedua ibu dan bapa saya. Saya bangga bergelar seorang pendidik walau banyak pengorbanan perlu dicurahkan dalam arena profession mulia ini. Semoga saya dapat menjadi guru yang baik dan dapat membina kemenjadian murid dan membentuk modal insan berkualiti serta terpuji. Amen.






Pertama Sekali Aku Di Sini


Mata menyapa sebuah  senyum yang terukir
 Ada nada yang bergetar di dasar hati
Menganyam rasa yang memalu resah jiwa
Semua bercampur baur tidak menentu
Tika pertama sekali aku di sini

Takutkan aku?
Gementarkah aku?
Terujakah aku?
Gembirakah aku?
Aku kurang pasti
Aku keliru ditenggelami perasaan sendiri

Aku di sini
Baru saja aku kenal daerah ini
Ingin aku kenali seluruh pelusuknya
Agar betah di sini
Agar kekok tidak lagi bertamu

Suasana baru kawan baru
Dakap aku dalam rentakmu
Aku senang belajar
Dekati aku dengan mesra
Moga kita kian serasi



TARIAN RASA


Kakiku mulai melangkah
Badanku yang kaku mulai melenggok
Terasa hangat dipeluk jari-jari kecil
Mengukir tarian rasa
Irama hati yang bisu

Lembaran putih kian kelabu
Dicurahi keringat pekat berkarat
Aksara jiwa nan tersirat
Mencoret nada yang kelat

Di akhir baris itu
Ku semai noktah rindu
Epilog nan pilu
Kini bersemadi di ufuk memori

.......anne-emma.......

Mimpi Realiti


Bicara mimpi dan realiti,
Punyai pelbagai misteri,
Corak, nada, iramanya berbeza,
Sukar dimengerti.

Mimpi itu indah,
Menghiasi relung-relung hati,
Dengan senyum mekar,
Sungguh murni adunannya,
Sehingga tiada ruang buat 'cacat dan cela'
Menapak di lembayungnya.

Realiti tidak selalunya pahit,
Realiti adalah nikmat kebenaran,
Sebuah hakikat yang pasti bukan mimpi,
KELIRU??
Mimpi adalah impianmu...
Realiti itu mikikmu...