Sunday 17 May 2015

Oh Guruku

Ingin sekali aku
Hamparkan permaidani kasihku padamu
Sebagai tanda terima kasihku
Padamu wahai para pendidikku

Hadirnya Kalian
Ke lembah asing ini
Penuh harapan dan tekad
Mendidik kai menjadi insan berguna

Setiap harimu kau tempuh dengan tabah
Ppenat lelahmu adalah kekuatan kami
Untuk merasai manisnya Ilmu
Agar...agar suatu hari nanti
Kami menjadi insan berguna
Berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara

Oh Guruku..
Teruskanlah perjuanganmu
Hingga akhir usia tidak mungkin akan dilupa
Besar pengorbananmu melahirkan nakhhoda negara
Sesungguhnya engkaulah akar pembentuk bangsa berjaya!

SELAMAT HARI GURU 2015 - Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Wednesday 13 May 2015

MENGENAL BARANG-BARANG YANG TERDAPAT DI RUMAH KITA^^


Holla! Hari ini kita akan berkenalan dengan barang-barang yang biasanya terdapat pada beberapa ruangan penting dalam rumah kita. Semoga gambar-gambar ini membantu anda. Menarik juga untuk dilekatkan atau digantung di dalam bilik kelas anda.





BATU CAVES

Ini adalah sebuah kisah perjalanan saya ke Batu Caves.  Saya memang gemar pada alam semula jadi dan mencintai tapak bersejarah lagi unik. Saya juga cintakan budaya dan pelbagai peradaban yang menarik. Dahulu saya teringin untuk naik tangga yang tinggi ini walaupun saya menyedari yang sayaagak sukar melakukannya kerana masalah Scoliosis yang saya hadapi. Walaubagaimana pun, saya dapat melakukannya. Seronok juga tau..hehehehe ^^

 Batu Caves, adalah bukit batu kapur, yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua, di daerah Gombak, 13 kilometer (8 batu) utara Kuala LumpurMalaysia. Ia mengambil namanya dari Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit. Batu Caves juga merupakan nama kampung berdekatan. Gua ini adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khusus kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia.


Batu kapur yang membentuk di Batu Caves dikatakan terhasil sekitar 400 juta tahun dahulu. Beberapa pintu masuk gua telah digunakan sebagai tempat perlindungan oleh orang asli Temuan yang turut mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang. Pada awal 1860, penduduk Cina mula menggali pupuk dr tahi burung di gua tersebut untuk benih sayur-sayuran patch mereka. Walau bagaimanapun, mereka menjadi terkenal hanya selepas kawasan bukit batu kapur telah direkodkan oleh pihak berkuasa penjajah termasuk Daly dan Syers serta Naturalist Amerika, William Hornaday pada tahun 1878.

Batu Caves telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India.Beliau mendapat inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk 'vel' dan dan mendapat inspirasi untuk membina sebuah kuil untukDewa Murugan dalam gua tersebut. Pada tahun 1890, Pillai, yang juga telah mengasaskan Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur, telah memasang Arca Dewa Murugan yang masih terdapat sehingga sekarang di 'Temple Cave
Di ketinggian hampir 100 Meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. Didalamnya tedapat sebuah kuil Hindu.Untuk sampai ke gua ini pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga.
Pada kaki bukit adalah dua lagi gua kuil, iaitu Gua Galeri Seni(Art Gallery Cave) dan Gua Muzium (Museum Cave), kedua-duanya penuh denga arca-arca dan lukisan Hindu.Kompleks ini telah diubahsuai dan dibuka sebagai Cave Villa pada tahun 2008. Arca-arca dan lukisan di gua ini menggambarkan kisah kemenangan kemenangan Dewa Murugan ke atas Soorapadam. Gua Ramayana terletak ke kiri kompleks kuil Batu Caves.Dalam perjalanan ke Gua Ramayana, terdapat Tugu Dewa Hanuman yang setinggi 50 kaki serta sebuah kuil yang didedikasikan untuk Dewa Hanuman. Gua Ramayana menggambarkan cerita Rama dalam cara kronik sepanjang dinding dan tidak teratur. Sebuah patung 42,7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006, setelah mengambil 3 tahun untuk membina. Ia adalah patung Tuhan Muruga yang tertinggi di dunia.


peace! besarnya patung itu kann? kan?






ngaga..bumbung gua yang terbuka luas..indahnya^^

tadaaaa!! gajah






Detik Terindah ^^

Sejarah tercipta dalam kanvas hidup saya pada tanggal 27 Mei 2013, iaitu Hari Konvokesyen saya setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( 2007-2008) Pra PISMP, ( 2009-2012) PISMP. Detik-detik manis ini saya lakarkan di PICC Putrajaya bersama ibu bapa tercinta dan para graduan yang lain. Segala penat lelah telah dibayar dan tibalah masanya untuk meraikan kemenangan.

Terima kasih tidak terhingga saya sorotkan kepada setiap yang menjadi pendorong saya dalam tempoh pengajian yang lalu. Ini adalah hadiah untuk kedua ibu dan bapa saya. Saya bangga bergelar seorang pendidik walau banyak pengorbanan perlu dicurahkan dalam arena profession mulia ini. Semoga saya dapat menjadi guru yang baik dan dapat membina kemenjadian murid dan membentuk modal insan berkualiti serta terpuji. Amen.






Pertama Sekali Aku Di Sini


Mata menyapa sebuah  senyum yang terukir
 Ada nada yang bergetar di dasar hati
Menganyam rasa yang memalu resah jiwa
Semua bercampur baur tidak menentu
Tika pertama sekali aku di sini

Takutkan aku?
Gementarkah aku?
Terujakah aku?
Gembirakah aku?
Aku kurang pasti
Aku keliru ditenggelami perasaan sendiri

Aku di sini
Baru saja aku kenal daerah ini
Ingin aku kenali seluruh pelusuknya
Agar betah di sini
Agar kekok tidak lagi bertamu

Suasana baru kawan baru
Dakap aku dalam rentakmu
Aku senang belajar
Dekati aku dengan mesra
Moga kita kian serasi



TARIAN RASA


Kakiku mulai melangkah
Badanku yang kaku mulai melenggok
Terasa hangat dipeluk jari-jari kecil
Mengukir tarian rasa
Irama hati yang bisu

Lembaran putih kian kelabu
Dicurahi keringat pekat berkarat
Aksara jiwa nan tersirat
Mencoret nada yang kelat

Di akhir baris itu
Ku semai noktah rindu
Epilog nan pilu
Kini bersemadi di ufuk memori

.......anne-emma.......

Mimpi Realiti


Bicara mimpi dan realiti,
Punyai pelbagai misteri,
Corak, nada, iramanya berbeza,
Sukar dimengerti.

Mimpi itu indah,
Menghiasi relung-relung hati,
Dengan senyum mekar,
Sungguh murni adunannya,
Sehingga tiada ruang buat 'cacat dan cela'
Menapak di lembayungnya.

Realiti tidak selalunya pahit,
Realiti adalah nikmat kebenaran,
Sebuah hakikat yang pasti bukan mimpi,
KELIRU??
Mimpi adalah impianmu...
Realiti itu mikikmu...

Buat Si Mata Jernih


Mata jernih itu,
Memandangku penuh makna,
Ada nada tersirat dibaliknya,
Kaku...
Bisu penuh harapan menggunung.

Dari jauh kulihat dia tersenyum,
Bagai tidak sabar untuk menegur sapa,
Seorang guru baru yang hadir,
Baru benar di sini,
Namun lama dinanti.

Akanku layarkan bahtera ketabahanku,
Di belantara nan hijau,
Buat Si Mata Jernih,
Agar cerah masa depanmu..


16.07.2013- SELASA
Masa menulis puisi ini, saya mengenangkan hari pertama saya menjejakkan kaki di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak...pada 16 Julai 2007 yang lalu. Kini saya telah menjadi seorang guru di sebuah sekolah di bahagian Bintulu, setelah menamatkan pengajian selama lima tahun setengah. Semoga puisi ini dapat mengingatkan kembali niat seorang pendidik yang telah memilih profession ini sebagai kerjaya anda. Selamat Maju Jaya. :)

Hakikat Yang Pasti


Hakikat yang pasti
Sukar untuk dimengerti
Terlindung di sebalik tembok hipokrit
Kita memang jarang menyedarinya

Hakikat yang pasti
Ada yang menjerut tangkai hati
Ada juga yang mewarnai hari seindah pelangi

Hakikat yang pasti
Hadir bagai angin
Terkadang lembut mendamaikan
Adakalanya menggila umpama taufan

Hakikat yang pasti
Tetap juga ditelan walau pahit dan menyakitkan
Tetap juga dirai penuh kepuasan
Kerana apa yang pasti
Ia adalah sebuah KETENTUAN Tuhan..

Foto Kelabu


Lewat malam ini
Kurenung sebuah foto usang
Gambar hitam putih nan kaku
Ku lihat dia tersenyum
Tiada sepatah kata kedengaran

Ku usap bingkai foto itu
Ku tatap wajah bermata sayu
Hati remuk dihiris pilu
Lama sudah tidak ku temu
Entah di mana kau temannku

Malam terus berlalu
Menyaksikan aku dan foto kelabu
Di sudut kamar di atas meja kayu
Dalam mimpi moga bertemu

Detik TIK TOK


Tik...tok..tik...tok..
Ku kira 1,2,3,4,5,6, 7...
Mata terpaku pada jarum saat
Bergerak senada satu persatu
Sudah lama ku soroti jarum yang berdetik
Hati kian resah dipukul debar
Jiwa kian parah dimamah rindu

Tik..tok...tik...tok..
Ku renung angka satu hingga dua belas
Bila akan berhenti tarinannya
Aku bosan menanti
Tariannya sama sahaja
Nada juga serupa

Tik..tok...tik..tok
Tik..tok..tik..tok..
Aku bersedia sudah
Mari kita teruskannya
Tik..tok..tik..tok..
Tik..tok..tik..tok..

Mentari Cinta


Mentari cinta muncul lagi
Menerangi duniaku yang dulunya kelam
Disirami hujan duka
Dilanda badai asmara

Mentari cinta muncul lagi
Terbit indah menyerikan suasana
Keranamu kulihat pelbagai warna
Warna kehidupan
Warna alam
Warna rasa
Warna jiwa
Warna cinta

Mentari cinta kekallah di situ
Jangan pernah berlalu
Kerana bila kau ada
Ku yakin hidup ini bahagia

Arjuna


Arjuna hati
Hadirlah kau disisi
Menemaniku di kala sepi
Mengubat lara luka berduri
Menganyam rasa rindu abadi

Sang Arjuna jiwa
Kasih sayangmu tiada noktahnya
Umpama nafas ke hujung nyawa
Kekal abadi hingga ke syurga

Merah Warnamu


Merah warnamu
Harumnya kau menusuk kalbu
Menjadi lambang cinta berpadu
Dua hati menjadi satu

Merah warnamu
Harmoni jalinan kelopakmu
Seindah jalinan rindu
Semanis rasanya madu

Merah warnamu
Hangat membalut taman kelabu
Menjadi pengubat sendu
Melewati musim luka biru
Menuju destinasi nan baru

Teman Hakiki


Kau sambut tanganku
Dilembayung duka
Lukisan semalam
Kau warnai dengan senyuman
Senja ini mulai tenang
Ku rasa hidup kian bermakna

Bawalah daku pergi
Menyelusuri sungai cinta
Tika musim ini berganti
Ku hanya ingin kau di sisi
Sebagai teman hakiki

Siapakah Dia


Siapakah dia?
Mencuri hatiku tika duka
Melakar senyuman seindah pelangi
Membisikan cinta seharum kasturi

Siapakah dia?
Lembut tuturnya mendamaikan
Sabar jiwanya mempersonakan
Tajam pandangan matanya
Mencipta debaran getar di dada

Siapakah dia?
Membuat diriku dalam angan
Merantai sanubariku dalam rindu
Mencipta impian nan baru
Ku ingin melangkah lagi
Mencoret kisah yang lebih beerti
Bersamanya...

9  Julai 2012

Mata Itu


Mata itu sungguh indah..
Mencuri pandanganku..melebur jiwa..
Terpaku aku penuh persona
Lidah kelu..aku kaku
Tak mampu bicara

Mata itu sayu
Melirik manja menatap diriku
Ada sebuah rasa tersirat
Debar di dada memuncak rasa

Mata itu.. aku rindu
Hadrlah di alam realiti
Bukan hanya di firasatku
Jelmalah di depanku
Bukan di alam mimpi

Anne- 11.00 a.m/  3 April 2012

Senyuman Itu


Senyuman itu...
Begitu memukau... indah mempersonakan..
Mata itu...
Melirik penuh misteri... mencuri Sang Hati...
Bicara itu...
Bagai alunan lagu... menggamit sebuah rindu..

Aku resah
Aku gelisah
Aku keliru
Itu ungkapan rasa hatiku

Ingin ku luah nada yang terpendam
Namun ku takut bisikannya tidak kedengaran
Resah di hati makin membeku
Ku rasa kaku tidak berteman

Pendam hati
Pendam bisikan itu
Pendam resah
Peneman sepi

Namun...adakah getarnya akan terubat?
Bisikannya akan dapat didengari?

Wahai Tuhan, berikanlah petunjukMu..
Agar ku mampu melangkah lagi
Pada hari esok yang penuh misteri..

Anne 2011..10.10a.m.

Kenangan Kita

Di sini..kita bertemu Melakar sebuah puisi rindu..
Mencoret sebuah kisah Kisah tentang Kau dan Aku..
Aku dan kau gelak seiring
Aku dan kau sedih bersama
Aku dan kau melangkah sehaluan
Aku dan kau melakar ia bersama
Ke mana saja zahir membawa batin ini
Akan kita pastikan kenangan itu Terpatri menanti....
Walau bumi akan musnah..
Kisah kita tetap menjadi sejarah
Umpama badan terkandung darah...
Setiap yang wujud pasti musnah...
Tapi bukan pada ikatan kita.
Indahnya ikatan simpulan hati
Takkan pudar biar masa berlalu kerna tautanya hati tersimpul mati
Biar jasad terlerai ikatan takkan terurai..

Tuesday 12 May 2015

Luahan Seorang Aku...



ku ingin luahkan
siapa kamu sebenarnya
sakit untuk disimpan pahit untuk ditelan
indah menawan cantik rupawan
ada yang seksi menghairahkan..
bundar, bulat, kecil, dan besar...
rupamu diletak pelengkap insan
tiada kamu selamanya malam...
tiada kamu dunia jadi kaku
tiada kamu langkah jadi layu
semuanya bisu....
hilang arah, mencari arah..
ada kamu mereka  buta
ada kamu mereka  sesat
ada kamu mereka juga bisu
kerana kamu mereka sengsara
tiada kamu mereka menderita...
begitulah lumrah...hadirnya dirimu pada mereka...

ANNE ( mata)

JENDELA


Kurenung ke luar jendela
Terpapar pelbagai cerita
Umpama sebuah kisah di hamparan kanvas realiti
Tercoret seribu satu makna
Terlukis sejuta cereka...

Dari jendela itu
Ku lihat pentas alam
Ku intai rahsia kehidupan
Ku renung..ciptaan Tuhan

Jendela itu,
Telah mengajar aku..
Tentang jiwa dan pemikiran insan
Yang mengolah pasak perjalanannya
Kerana..kerana dari jendela itu
Terpancar segala ilmu
Yang boleh kita teroka kongsi bersama
Buat mengisi episod hidup ini
Memperkukuh minda dan diri..

Cintamu


Rindu 
melingkari aku dengan debarnya
menyelimuti diriku dengan syahdunya
tika melodi kita berkumandang menyanyikan lagu cinta..

Bersama tiupan bayu ini..
Kuingin kirimkan getarnya padamu
agar kau dapat merasa
betapa hangatnya kasihku padamu
betapa tulusnya hati ini..

andai dikaulah sang kumbang
inginku jadi bunga menghiasi tamanmu..
andai dikaulah ombak
aku rela menjadi pantai yang setia menemanmu..
dan... jika engkaulah langit nan terbentang
ku ingin menjadi bulan dan mataharimu..

inilah kisah kita
tentang indahnya cintamu
akan ku lukiskan di hamparan sekeping hati
moga terpatrilah cinta ini
walau musim berganti takkan pudar warnanya.

anne 2010

KELAM


kelamnya malam ini...
sekelam hatiku yang diulit sendu..
titis hujan bagai air mata gelisah..
tatkala epilog ini berdarah..
bersama warna2 duka...

di manakah sang bulan
yang dulu sering menyinari malamku
dengan cahaya bahagia, dengan senyuman mesra...
wahai bayu nan syahdu..
kenapa harus dirimu berhenti...
berhenti mengusap tubuhku dengan lembut tiupanmu
menyelimuti aku dengan tulus kasihmu..
di manakah kalian menghilang?
bila aku digelangi payah di dada
bila aku dirantai rindu di hati...

kasih..
saat ini...
jiwa ini bagai mati..
sepi membelenggu relung-relung hati..
tawar bak sungai lara
pedih bak sembilu duka
membuat aku tenggelam dilambung ombak daratan..

hadirlah wahai siang
hadir mengisi hari-hariku
usah berlalu..membiarkan senja berlabuh..
kerana aku takut......
apabila malam menjelma lagi..
tiada lagi bahagia buat diri ini...

MASIH KAH KAU INGAT


MASIHKAH KAU INGAT??

masihkah kau ingat...
pada musim lalu...
sebuah saat di mana...
aku dekat denganmu...

masihkah kau ingat?
sebuah kisah dahulu..
sebuah epilog rindu...
hadir menyentuh hatiku..
dalam melodi tawamu..

masihkah kau ingat...
putihnya pantai cinta
nan indah mencoret episod ini
hingga aku tdak sedar..
apakah perasaan ini suatu mimpi atau realiti...

masihkah kau ingat..
setiap waktu kita bersama
dalam suka duka
rencah kehidupan..

masihkah kau ingat..
tiap detik yang berlalu
seakan-akan mendebar jiwaku
menyelimuti aku dengan getaran cinta
tika kau genggam jemariku
bersama pandangan misteri matamu..

masih..
adakah kau masih...?
masih ingat bicara kita
di perjalanan itu
kerana yang pasti..................
aku amat merindui saat denganmu...